Tuesday, November 20, 2012

NOVEMBER 2012....

Assalamualaikum....salam sejahtera...
Wah...lamanya tidak menjenguk blog...dari sehari ke sehari...kini dah pun sampai di bulan November di tahun 2012...cepat sungguh masa berlalu..sangat2 pantas...
       Sepanjang 2012, kisah suka...kisah murka...semua ada...yang masam, yang manis...yang tawar...bila bercampur menjadikan deria rasa diri seakan "bangkit"...itu adalah asam garam...mungkin juga cuka...huuu..
Alkisah...tahun ini, tahun akhir diri ini memegang tanggungjawab sebagai penyelaras ppki...dan perasaanku seperti beburung yang bebas terbang....segalanya luas....dan dapat bernafas dengan sepuasnya....
       Sekarang adalah waktu untuk bertenang sambil memikirkan idea2 luar biasa untuk dipersembahkan pada tahun 2013...dan yang penting, teramat penting....fokus utama pada anak2 kesayangan janganlah terjejas dek anasir2 yang kurang dan amat tidak disenangi oleh diri....yang hitam...yang negatif...syooohhhhh!..pergi jauh2!...
        Untuk tahun 2013, mungkin ada sedikit pemurnian pada blog ini..mungkin lebih mesra..dan sempoi...dan sekiranya ada masa terluang, saya akan berkongsi aktiviti yang dilakukan disekolah mahupun di rumah, terutama dalam menghasil sesuatu yang baru atau bahan bantu untuk anak2 tersayang..
Oklah..sehingga bertemu lagi..doakan saya ye...supaya dapat 'membangunkan' idea2 luar biasa....salam sayang untuk semua... muaaaahhh!

Saturday, October 29, 2011

AKHIR TAHUN...

Assalamualaikum...salam sejahtera...
Lama sungguh tak menjenguk blog...dek kesibukan makanya hanya sekali sekala 'melintasi' blog ini tanpa update...
Pejam celik..pejam pelik..sudah berada dipenghujung tahun 2011..dan dikala ini juga ramai juga rakan-rakan yang mendirikan mahligai bahagia...rakan-rakan baik yang jauh mahupun yang dekat yang telah dan yang bakal mendirikan rumahtangga ku doakan kalian sentiasa berbahagia hingga ke akhir hayat..setakat ini sahaja ...moga bertemu dilain masa...sekian..

Saturday, April 16, 2011

Perubahan..

Assalamualaikum...salam sejahtera...buat semua yg sudi bkunjung di blog ini..
Lama juga rasanya tak menjenguk dek kesibukan..dari sebelum bergelar isteri dan sekarang sudahpun bergelar isteri kepada En. Norizan Noorman..(doakan kebahagian kami didunia dan akhirat ye)
Pertama2 sekali syukur kehadrat Ilahi krn dpermudahkan segala persiapan dan perancangan sehinggalah berlangsungny Majlis Kesyukuran..bagi pihak kedua2 keluarga, kami ucapkan jutaan terima
kasih diatas kehadiran para tetamu dan mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan semasa majlis blangsung..
Kepada kedua2 pengapit Zaki Zin & Kolin terima kasih banget deh! Juga tidak lupa kepada Syikin Othman dan saudara-mara yg bersusah payah dan berpenat lelah sepanjang majlis berlangsung...tidak lupa buat teman2 tsayang...Miftah, zulhadi, syadeq..kwn2 semasa di SMKDM..rakan sekerja dari SMKSG dan juga SKPR..juga buat semua rakan (maaf jika tiada dlm senarai)..terima kasih banyak2..sampai disini coretan saya..
Moga kita semua sentiasa dipayungi rahmat dari Ilahi..Insyaallah...


Thursday, December 2, 2010

PENGHUJUNG 2010..

Lama juga tidak menjenguk blog dek kesibukan kerja yang tak pernah sudah..2010 akan akan melabuhkan tirai tidak lama lagi..hmmm sudah setahun juga aku berada di SMK Seri Gading..2010 banyak memberi pengalaman yang pastinya memerlukan aku 'menguatkan' hati untuk terus bangkit demi anak-anak murid tersayang..
Teringat masa mula2 menjejakkan kaki di SMK Seri Gading...terasa asingnya aku...walau pun aku bukanlah makhluk asing (walaupun bagi daus n mirza, aku mmg makhluk asing) berada dalam suasana kerja yang sangat berbeza. Aku sangat berterima kasih kepada pembantu pengurusan murid ( Kak Rifa ) yang cekap menguruskan fail. Segala fail memang telah disediakan.
Dari kelas yang tiada apa2, dengan gandingan bahu, kelas itu penuh dengan 'apa-apa'..sesuai dengan keadaan kelasnya..apa yang aku pentingkan adalah proses pembelajaran tetap berjalan lancar..Seperti biasa, pengorbanan perlu dilakukan..masa dan wang adalah perkara yang diperlukan..Alhamdulillah, semua terkawal dengan adanya sokongan daripada ibu bapa dan pihak pentadbir.
Aku mula jatuh hati dengan SMK Seri Gading..Aku yang mencorakkkan kelas seperti yang aku inginkan..Tinggi harapan aku untuk melihat anak2 ini berjaya...hmmm..Dari berdua, kini bertiga..Kelas Pendidikan Khas Integrasi SMKSG menerima seorang lagi guru ( Siti Nor Idayu)..sangat komited dengan kerja.. Alhamdulillah..idea dan pandangannya membantu aku dalam menguruskan kelas..
Dengan adanya gandingan ini, insyaallah akan lebih berjaya...dengan kerjasama dan sokongan pendtadbir dan para ibubapa..Di sini, aku mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir SMKSG kerana memahami keperluan murid2ku..Aku sangat menghargai lawatan demi lawatan yang dilakukan oleh Pengetua dan para GPK yang sudi menjenguk kami di Kelas Pendidikan Khas, tidak lupa juga kepada rakan2 guru yang sudi menjenguk dan mengambil tahu perihal murid2ku..Aku suka dengan suasana di SMKSG..sangat positif..harap akan terus membantu memperkembangkan lagi mutu PK..
Masa terus berlalu, sangat pantas..2010 akan melabuhkan tirai..dan 2011 akan membuka tirai..sebelum itu, ada perkara yang perlu dibereskan..hmmm semuanya untuk memastikan kelancaran program pada 2011...Buat anak-anak dari SKPR, selamat datang ke SMKSG..

*sygjuli*

Monday, September 13, 2010

~Aidilfitri...

Assalamualaikum...hmm..lama juga tak menjenguk blog ni ye..mcm ade kelainan pulak..hmm ape ye...opss..sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri buat teman2 yang 'singgah' di blog ini..moga aidilfitri yang di rai memberi sinar baru buat kalian..buat diri saya, ini adalah tahun pertama saya menyambut aidilfitri bersama tunang tersayang, moga jodoh kami berpanjangan hendaknya...
Seperti tahun2 sudah, saya bersama rakan ( form 6) group yang sama akan beraya bersama.. dan agak mudah bagi saya, kebetulan (kebetulan ke??? ngee) tunang pun merangkap kawan jugak kan makanya...kira..memudahkan la proses beraya...ngee..
Bukan senang nak berkumpul dengan rakan2 setelah masing2 ada kerjaya..sebolehnya setiap tahun kami cuba meluangkan masa untuk bersama2..meriah memang meriah...macam2 cerita boleh dikongsi..kalau dilihat semula..x banyak yang berubah..kecuali fizikal...(saya le tu )..yang lain..dari segi perangai..rasanya sama...yang bendul masih lagi ada bendulnya...(sape gaknya ye??)
Apa pun, walau x cukup ahli (mifv), perjumpaan dianggap berjaya..dengan adanya ahli baru..Kolin..Diharapkan pertemuan ini bukanlah yang terakhir kali...moga dapat berjumpa lagi dimasa2 akan datang...sekian..

Monday, May 10, 2010

aku..

Cepat sungguh masa berlalu..
Umur kian bertambah dari sehari ke sehari..17hb..genaplah usiaku 27 tahun...27 tahun???!!! Macam tak percaya je..Macam baru semalam berlatih bola jaring dengan Cikgu Amnon..Macam baru semalam aku naik motor tak menoleh kiri kanan..tak tengok atas bawah..hmm..dan macam baru semalam rasanya aku cepatkan jam kelas time subjek ekonomi..
Moga2 disebalik pertambahan usia ini, lebih mematangkan aku sebagai anak..sebagai adik..sebagai rakan dan sahabat..sebagai guru dan sebagai..ehem..(dear org)..
Dan diharap, segala impian yg aku impikan selama ni kan tercapai..Sempena usiaku yang menjangkau 27 tahun..ingin ku suarakan bahawasanya...
~aku sangat menghargai dan menyayangi kamu...insan2 yang dekat denganku..

Syg: julihasan



Wednesday, April 7, 2010

AL- KISAH FERRARIKU..UHUK!

Hari ni 7-4-2010 (Rabu)..
Dalam sejarah kehidupan sorang insan bernama Juli Hasan Habidin...menjadi 'polis trafik' di depan BP Mall..waaaa....kereta Ferrari kesayanganku meragam..dan ini bukan kali pertama..sebelum ni pun dah menunjukkan penyakit lelah ( athma car )..dan terpaksa pula meminta bantuan seseorang ( istimewa ) menghantar ke sekolah..sebelum ini anak murid ku, Ainira menegur
" Cikgu..kete cikgu mcm sakit parkinson aje.."
" Huish..jangan cakap gitu, nanti kete cikgu merajuk.."
( merajuk dah haa...)
Dan hari ni..bukan setakat parkinson..segala penyakit Ferrari ku ini dapat dikesan...
Aku sebenarnya agak panik bila Ferrari tetiba sahaja mati di traffic light berdekatan dengan kilang2..sebab banyak lori yang macam pelesit...masing2 nak kejar lampu isyarat..
" Ya Allah, selamatkan la keta cikgu Juli.."
Pandai pulak anak-anak murid ku..
( terima kasih kerana mendoakan..tapi saya utamakan keselamatan anak2 dulu)
Mujur ade seorang hamba Allah yang baik hati yang sudi menolak Ferrari ke tepi..( terima kasih banyak2..Allah saja yang membalas)
Dan kebetulan pula lalu pula rakan2 dari SKPR, maka dapatla menumpangkan anak2 ku yang 5 orang..( bersyukur sangat2)
Aku cuba hidupkan enjin dan berjaya..ku teruskan perjalanan..tapi hati masih lagi risau dengan lampu isyarat kat BP Mall..dan memang seperti yang diduga..Ferrari tetiba diserang athma...
( maka jadilah aku polis trafik~lantikan sendiri..)
ku call Kak Laila minta dia datang ( ke tempat kejadian~ Kak Laila datang bersama kak Adura ) kerana aku dah blur + blank..dan Alhamdulillah, tetiba dapat panggilan dari Cikgu Azman bertanyakan hal kereta...( seperti biasa aksi n lagak org kelam kabut, aku bercerita.. )
Dipendekkan cerita, Cikgu Azman menelefon kawannya yang juga seorang mekanik..maka urusan "perubatan Ferrari" diserah kepada si mekanik ( En.Norizan b Mohamed ~ nama mcm prnah dengar..)
Begitulah kisahnya..moral of the story...servs la kereta anda...dan hargailah polis trafik..
( kepada semua yang terlibat secara langsung @ tidak langsung dalam kejadian ini, diucapkan terima kasih, hanya Allah yang dapat membalas budi yang ditabur..dan mohon maaf kerana menyusahkan...ngee..)


luv GK,
julihasan