Thursday, December 2, 2010

PENGHUJUNG 2010..

Lama juga tidak menjenguk blog dek kesibukan kerja yang tak pernah sudah..2010 akan akan melabuhkan tirai tidak lama lagi..hmmm sudah setahun juga aku berada di SMK Seri Gading..2010 banyak memberi pengalaman yang pastinya memerlukan aku 'menguatkan' hati untuk terus bangkit demi anak-anak murid tersayang..
Teringat masa mula2 menjejakkan kaki di SMK Seri Gading...terasa asingnya aku...walau pun aku bukanlah makhluk asing (walaupun bagi daus n mirza, aku mmg makhluk asing) berada dalam suasana kerja yang sangat berbeza. Aku sangat berterima kasih kepada pembantu pengurusan murid ( Kak Rifa ) yang cekap menguruskan fail. Segala fail memang telah disediakan.
Dari kelas yang tiada apa2, dengan gandingan bahu, kelas itu penuh dengan 'apa-apa'..sesuai dengan keadaan kelasnya..apa yang aku pentingkan adalah proses pembelajaran tetap berjalan lancar..Seperti biasa, pengorbanan perlu dilakukan..masa dan wang adalah perkara yang diperlukan..Alhamdulillah, semua terkawal dengan adanya sokongan daripada ibu bapa dan pihak pentadbir.
Aku mula jatuh hati dengan SMK Seri Gading..Aku yang mencorakkkan kelas seperti yang aku inginkan..Tinggi harapan aku untuk melihat anak2 ini berjaya...hmmm..Dari berdua, kini bertiga..Kelas Pendidikan Khas Integrasi SMKSG menerima seorang lagi guru ( Siti Nor Idayu)..sangat komited dengan kerja.. Alhamdulillah..idea dan pandangannya membantu aku dalam menguruskan kelas..
Dengan adanya gandingan ini, insyaallah akan lebih berjaya...dengan kerjasama dan sokongan pendtadbir dan para ibubapa..Di sini, aku mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir SMKSG kerana memahami keperluan murid2ku..Aku sangat menghargai lawatan demi lawatan yang dilakukan oleh Pengetua dan para GPK yang sudi menjenguk kami di Kelas Pendidikan Khas, tidak lupa juga kepada rakan2 guru yang sudi menjenguk dan mengambil tahu perihal murid2ku..Aku suka dengan suasana di SMKSG..sangat positif..harap akan terus membantu memperkembangkan lagi mutu PK..
Masa terus berlalu, sangat pantas..2010 akan melabuhkan tirai..dan 2011 akan membuka tirai..sebelum itu, ada perkara yang perlu dibereskan..hmmm semuanya untuk memastikan kelancaran program pada 2011...Buat anak-anak dari SKPR, selamat datang ke SMKSG..

*sygjuli*

0 comments: